Simple Me.
About Entry Links Twitter Facebook
China Trip
Friday, 2 August 2019 • 08:38 • 0 comments
Assalammulaikum. Salam sejahtera. 

Harini aku nak share awal bulan September lepas (2018) aku travel. Rezeki lebih so abah & ma bawa aku dengan acik sekali. Kebetulan acik intern dalam Perlis ja so dia dapat ikut sekali la. Haa aku ponteng kelas  untuk beberapa hari. Aku pergi dalam seminggu gakla. Tapi aku gigih jgk la balik rumah sewa hari rabu ptg sebab esok tu ada lab. Padahal jumaat cuti ok. Aku ni dari dulu lagi memang bukan jenis ponteng kelas ni. Kecuali memang takda mood sangat dah la.

Hari Pertama ; Khamis - 6 September 18

Pagi tu aku pergi kelas macam biasa. Memang rezeki kelas hari khamis aku takda kelas petang. Habis ja kelas terus pecut balik rumah. 45 min ja kalau drive. Aku balik cepat sebab satu barang pon aku tak packing lagi. Petang tu gerak pergi jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi. 2nd last feri rasanya. Sampai jeti Langkawi tunggu kawan ayah aku dari Kuala Kedah. Bila dia dah sampai kami semua gerak ke Langkawi International Airport . Penerbangan kami untuk ke Guangzhou lewat malam. Anggaran kami sampai sana pagi. Ada masalah teknikal sikit tapi alhamdulillah perjalanan kami semua berjalan lancar. 

Hari Kedua ; Jumaat - 7 September 18 

Pagi tu sampai Guangzhou Baiyun International Airport before subuh rasanya ka dah subuh ntah. Masa nak lepas imigesren agak lama sebab ramai jugakla. Tambahan first time kn datang so awkward sangat. Then luggage problem sebab masa check in semalamkan ada masalah teknikal. Alhamdulillah semua settle. Kami cari tempat nak solat. Dekat airport china tkda prayer room ok gais. Kalau Hong Kong Intenational Airport ada prayer room aku tau. Tapi dalam tu semua agama solat sama-sama dalam satu bilik. So tour guide merangkap kawan ayah aku tu dah ada port solat dia. So masuk tandas ambik wudhu semua terus solat. Luckily aku ni bijak sebab pakai baju yang agak labuh dan pakai stokin. So aku pakai ja yang tu (tak pakai telekung) untuk solat. Beralaskan tuala muka lapik untuk sujud. Buat bagi mudah ja sebab travel. 



Settle solat semua tunggu driver pickup kami. Agak lambat jugak sebenarnya. Oh ya aku agak barai sebab lama sangat dah tak travel bila naik flight atau train mahupun bas lama. Selalunya pergi KL naik flight pon 1 jam ja. 1 tahun lepas ada la naik bas dari Pasir Gudang ke Perlis. Kebas wey kaki aku. 12+ jam lebih. Haritu flight ambik masa 4 jam. Leher ni rasa nak patah geng walaupun bawa pillow neck. Kami p hotel drop bag jap. Then terus ke satu masjid kat sana. Hari Jumaat kan so geng laki solat sementara tu kami pusing-pusing sekitar masjid tu. Habis solat kami pergi makan kat lorong hujung masjid tu. Mostly muslim tapi ada ja makanan non halal aku rasa. Sepanjang kat sana air mineral ja aku minum ya. Air yang masak guna heater tu aku takleh telan. Rasa dia buat rasa nak muntah so sebelum balik hotel beli air mineral. 

Then kami pergi naik cable car. Sampai atas sana ambik gambar apa semua. Taktau nak describe macam mana. Ok aku lupa lepastu p mana. Ahahahahaha. Malam tu kawan ayah aku tapau makanan makan kat bilik ja sebab semua baraiii. Aku skip hari kedua ni la. Sebab aku lupa. Em sorry. 






PASTFUTURE
Bonjour!;



Hi people. I'm Mirah. Thanks for stalking and reading my blog. I appreciate it so much. Please don't be rude and take care of your word. No harsh word and please behave yourself. Copycat please go to hell.

Status

I LOVE YOU. >
Big Clap!
Owner : MirahPoji
Edited by : AlyaaYasmin
Best View : Google Chrome